Saturday, August 3, 2013

I'tikaf :)

Assalamualaikum.. holla~~ :D

Baru brkesempatan nk meng-update blog ni ha.. trlalu la bz.. sempena bulan Ramadhan ni kan? ;) InsyaAllah, lagi brpa hari ja lg kita akn beraya.. mest sibuk kemas umah, shopping n masak2 bagai kn? :D walaubagaimanapun, perasaan sedih ttp ada sb Ramadhan akan meninggalkan kita.. apakh sempat kita nk brtemu dgn Ramadhan seterusnya? Wallahualam.. harap2 Allah memanjangkn umur kita.. amin!

Okay post kali ni mengenai I’tikaf di sepuluh hari terakhir Ramadhan.. walaupun lmbt, sememangnya sy brharap post kali ni dpt membantu kita dlm mengejar malam Lailatul Qadar.. masih ada masa lg insyaAllah, so keep on beribadat! Beribadat n truss bribadat.. insyaAllah dgn niat dn usaha yg xputus2, Allah akn mempertemukan kita dgn Lailatur Qadar tersebut.. aminn..

Dari istilah bahasa, I’tikaf bermaksud menetap pada sesuatu manakala dri istilah syarak, i’tikaf bermaksud menetap di masjid dengan tata cara yang khusus yang disertakn dengan niat. Pelaku ibadah ini dinamakan mu’takif atau ‘aakif. Ibnul Mundzir mengatakan, “Para ulama brsepakat bahawa i’tikaf itu sunnah, bukan wajib kecuali jika seseorang mewajibkan bagi dirinya bernadzar untuk melaksanakan i’tikaf.

Hikmah2 beri’tikaf:
-Mendapat pelbagai kebaikan dari Allah. Amalan-amalan kita akan dikurniakan rahmat dan kasih sayangNya.
-Mendatangkan ketenangan, ketenteraman dan cahaya yang menerangi hati yang penuh dgn dosa.
-Orang yang beri’tikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan akan terbebas dari dosa-dosa sebab pada hari itu salah satunya bertepatan dengan Lailatul Qadar.

Waktu beri’tikaf:
-I’tikaf yang wajib, dilakukan dengan apa yang telah dinadzarkan dan diiqrarkan seseorang, jika dia bernadzar akan beri’tikaf satu hari atau lebih, hendaklah dilakukn seperti yang dinadzarkan itu.
-I’tikaf yang sunat, tidaklah terbatas waktunya. Namun yang paling utama adalah I’tikaf di bulan suci Ramadhan, khususnya sepuluh hari terakhir. Inilah waktu I’tikaf yang terbaik sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis dari Aisyah, “Adalah Nabi, biasa I’tikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan sampai beliau wafat, kemudian isteri-isteri beliau melaksanakan I’tikaf sepeninggalannya.” (HR. Bukhari, Ahmad, dan Baihaqy).

Rukun2 I’tikaf:
i. Niat - Kerana tidak sah satu amalan melainkan dengan niat. 
ii. Tempatnya harus di Masjid - Hakikat I’tikaf ialah tinggal di masjid dgn tujuan mendekatkan diri kepada Allah. Maka I’tikaf hanya boleh dilakukan di masjid dan tidak keluar darinya kecuali hajat atau darurat. Tempat selain masjid tidak boleh digunakan untuk beri’tikaf, seperti di rumah.

Yang Membatalkan I’tikaf:
-Sengaja keluar dari masjid tanpa suatu keperluan walau hanya sebentar. Keluar dari masjid akan menjadikan batal I’tikafnya, sebab tinggal di masjid merupakan rukun I’tikaf.
-Murtad
-Hilang akal disebabkan gila atau mabuk
-Haid             
-Nifas
-Bersetubuh berdasarkan firman Allah, :”Dan janganlah kamu campuri mereka ketika kamu sedang I’tikaf di masjid, itulah batas-batas Allah…’(QS.Al-Baqarah:187)

Yang Dibolehkan Ketika I’tikaf:
-Keluar masjid disebabkan ada hajat yang mesti ditunaikan seperti keluar untuk makan, minum, dan hajat lain yang tidak boleh dilakukan di dalam masjid.
-Melakukan hal-hal seperti mengantarkan orang yang mengunjunginya sampai pintu masjid atau bercakap-cakap dengan orang lain.
-Isteri mengunjungi suami yang beri’tikaf dan berdua-duaan dengannya.
-Mandi dan berwuduk di masjid.
-Membawa alas tidur untuk tidur di masjid.

Mula Masuk dan Keluar Masjid:
Jika ingin beri’tikaf selama 10 hari terakhir bulan Ramadhan, maka seorang yang beri’tikaf mulai memasuki masjid setelah solat Subuh pada hari ke-21 dan keluar setelah solat subuh pada hari Aidilfitri. Hal ini sebagaimana terdapat dalam hadis Aisyah, yg berkata,

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan. Apabila selesai solat subuh, beliau masuk ke tempat khusus i’tikaf beliau. Dia (Yahya bin Sa’id) berkata: Kemudian Aisyah radhiallahu ‘anha meminta izin untuk beri’tikaf bersama beliau, maka beliau mengizinkannya.”

Namun para ulama madzhab menganjurkan untuk memasuki masjid menjelang matahari tenggelam pada hari ke-20 Ramadhan. Mereka mengatakan yang namanya 10 hari yang dimaksudkan adalah jumlah bilangan malam seharusnya dimulai dari awal malam.

Adab I’tikaf:
ketika beri’tikaf, seseorang menyibukkan diri dengan melakukan ketaatan seperti berdoa, berzikir, berselawat ke ats Nabi, mengkaji Al-Quran dan mengkaji hadis. Dan dimakruhkan menyibukkan diri dengan perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.

diharap segala pertanyaan mengenai I’tikaf terjawab.. kpd sesiapa yg tidak smpt melakukan I’tikaf di masjid ini, trmasuklah sy, ada hikmahnya ttp yg penting, jgnlah smpai tidak melakukan ibadat yg lain.. sememangnya byk lg yg boleh kita lakukan.. insyaAllah taun depan, jika diberi kesempatan, marilah kita bri’tikaf.. :)) n sy nk ucap trima kasih yg tramat2la kasih kpd kwn sy yg memberi tajuk untk post sy kali ini.. sememangnya dia sgt baik.. hee ^_^

Tuesday, July 16, 2013

Sharing is Caring :D

Assalamualaikum.. holla~~ :D

sudah seminggu kita brpuasa.. xrasa pun cm seminggu.. cptt sgt.. kan? Hee.. okay, post kali ni sy nk share msj yg sy dpt dri kwn sy.. sayang dia sgt sb dia suka share kebaikan n insyaAllah sy akan sntiasa sharekan di sini jgk.. ^^

(Teladan - Apabila Si Bongkak Berhujah Dengan Seorang Imam)

Pemuda: Anda siapa dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda: Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Imam: Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Imam: Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Imam: Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda: Saya tidak boleh.

Imam: Itulah jawapan pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Imam: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Imam: Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda:Tidak.

Imam: Itulah yang dinamakan takdir.

Imam: Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Imam: Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Imam: Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Allah menghendaki, maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan..

Sesungguhnya Allah dan Islam adalah benar.. Allahuakbar!

Friday, July 12, 2013

Amalan Sunnah di Bulan Ramadan :D

Assalamualaikum.. holla~~ :D

Amcm puasa? Boleh ja kan? Xsusah mana pun..^^ okay, post kali ni sy nk share amalan2 yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sepanjang bulan Ramadan.. kita bolehla mempraktikknnya… semoga Allah menerima segala amalan kita ini, insyaAllah! Yg penting kita ikhlas melakukannya hanya kerana Dia.

Wokayy, di bawah ini adalah sebahagian amalan yg sering dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.. senangkan nk dpt pahala? Subhanallah.. kumpul selagi boleh, insyaAllah hidup diberkati.. aminn.. :)
    
-Bersahur
-Menyegerakan berbuka puasa
-Solat tarawih
-Qiamullail
-Memperbanyakkan doa
-Tadarus Al-Quran n mengkhatamkannya
-Rasulullah saw meningkatkan kesungguhan ibadahnya terutama pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan
-Bersedekah
-Memberi makanan kpd org yg brpuasa
-I'tikaf 

akhir skali, semoga Allah swt menerima dan melipatgandakan amal ibadah kita, dan semoga Dia memberikan kekuatan di dalam menjalankannya. amin... ^^

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Al-Mubarak :)

Assalamualaikum.. holla~~ :D

akhirnyaaa.. bulan yang ditunggu telah pun tiba.. Ramadan! alhamdulillah.. yeaay! saya trsgtlah excited! hee.. trima kasih ya Allah sb masih membri sy pluang untk brpuasa pd tahun ini.. it's a bless! harap Ramadan sy yg kali ini lebih baik dri Ramadan yg sebelumnya ^^ amin..


Ramadan mrupakan penghulu segala bulan, ia adalah bulan yang dipenuhi n dilimpahi dengan segala keharmonian. :D di dlmnya trdapat satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar. semestinya akan muncul ramai pemburu2 Lailatul Qadar di 10 malam yg terakhir ini. kita pun jgn la ketinggalan menjadi salah seorg pmburu ini wokay? insyaAllah.. ^^

Ramadan adalah bulan penyucian jiwa dari kesalahan n dosa2, bulan yg penuh keberkatan, bulan yg awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya selamat dari api neraka. insyaAllah..

akhir skali, sy ucapkan selamat brpuasa kpd seluruh umat Islam di dunia.. semoga Ramadan kali ini memberi rahmat yg tidak trhingga buat kita.. amin! ^_^

Wednesday, June 19, 2013

Pengertian Taaruf :)

Assalamualaikum.. holla~~ :D

Okay, post kali ini mengenai ta’aruf.. saya akan menyatakan maksud dan proses2nya okay? ^^

Maksud Ta'aruf:

Taaruf ni dikatakn kegiatan bersilaturahim, kalo kita kata berkenalan dengan hanya melihat muka, atau pergi ke rumah seseorang untuk berkenalan, ia juga boleh dikatakan bahawa berkenalan tersebut untuk mencari jodoh. Hee.. :))

Taaruf juga boleh dilakukan kalo kedua2 belah pihak keluarga setuju n tinggal menunggu keputusan samada anak mereka bersedia atau tidak untuk dikahwinkan - taaruf ini dilakukan agar mereka yang ingin dijodohkan saling berkenalan. :D

Taaruf ni sangatlah berbezaaa dengan bercinta, hee.. Taaruf memang diperintahkan oleh Rasulullah SAW bagi pasangan yang ingin bernikah. perbezaan tersebut dari segi tujuan dan juga manfaat. jika bercinta, ia lebih kepada nikmat yg sesaat, zina, dan maksiat. nauzubillah.. Taaruf jelas sekali tujuannya untuk mengetahui character calon pasangan.

Perbezaan bercouple dan Ta'aruf:

dalam bercinta, cara untuk mengetahui character pasangan dilakukan dengan tidak memenuhi kriteria brkenalan. cth, seorang yang ingin membeli motor secondhand, tapi dia xmelakukan pemeriksaan, dia cuma pegang or mencuba motor itu tanpa tahu keadaan enjinnya.

tapi, bg taaruf, ia seperti seorang mekanik motor yg terer menyemak mesin, sistem brek, sistem lampu dan elektrik, roda dan sebagainya. bila ternyata baik, maka barulah dia buat tawar-menawar. :D

ktika melakukan taaruf, pihak lelaki atau prempuan berhak untuk bertanya scara detail, seperti penyakit, tabiat buruk dan baik, sifat n sebagainya. kedua2 belah pihak kenalah jujur kerana kalo xjujur​​, boleh menyebabkan krisis kemudian hari. huhu

Proses Ta'aruf:

first skali, tidak boleh menunggu, cthnya, jarak antara taaruf dengan pernikahan selama satu tahun. prempuan diminta tunggu selama satu tahun kerana lelaki tersebut kena bekerja terlebih dahulu atau selesai study. ini jelas menzalimi permpuan trsebut kerana kena menunggu, dan ada jaminan kah bahawa saat proses menunggu itu tidak ada syaitan yang mengganggu? hmmm

second adalah tidak boleh malu-malu ^^, jadi kalau memang sudah bsedia untuk menikah sebaiknya segeralah bertaaruf. kalo malu maka akan prosesnya akn menjd lmbat.hee

adab selama bertaaruf iaitu jangan terburu-buru jatuh cinta. contohnya, ketika kita sudah dapat biodata pasangan, tanpa mengenal dia dgn lebih mendalam, tiba-tiba kita sudah yakin dengan pilihan itu. kan lebih bagus kalo mengenali dengan lebih mendalam mengenai keperibadian, fizikal, dan juga latar belakang keluarganya.. kan? :D

kesimpulannya, bercinta bukanlah cara Islam untk mencri teman hidup. jelas2 xboleh mengungkapkan perasaan sayang atau cinta kpd calon lelaki atau perempuan sblm menjadi rasmi. xkesahlah samada ungkapan di telefon, atau secara langsung, atau melalui mesej or surat kerana saling mengungkapkan cinta n sayang ini adalah hubungan asmara yg mngndungi makna brcinta yg boleh membawa kpd fitnah.. :)

Thursday, June 13, 2013

If..

Assalamualaikum... holla~~ :D

okayy, yg kali ni nk share msj yg sy dpt dari kwan sy... so sweetttttt <3 <3

if one day you feel like crying, call me... i don't promise i'll make you laugh but i can cry with you.... if one day you want to run away don't be afraid to call me i don't promise to ask you to stop but i can be with you if one day you don't want to listen to anyone call me... i promise to be there for you and i promise to be very quiet but if one day you call and there is no answer come fast to me perhaps i need you..... (that is the day you might not see me again... forever....)

trust me buddy, i, miss finaz :P will always be your friend forever n ever.. eternity till jannah.. insyaAllah ^_^

      Sunday, May 26, 2013

      Emak

      Assalamualaikum.. holla~~ 

      emm... post kali ni nk share msj yg kawan bg... sedihhh sgt... semoga jd pedoman buat kita.. :')

      RENUNGKAN..... Kita lahir dari perut mak... Bila dahaga, yang susukan aku.... Mak... Bila lapar, yang suapkan aku.... Mak.. Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. Mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak Bila bangun tidur, aku cari.... Mak... Bila nangis, orang pertama yang datang .... Mak... Bila nak bermanja, aku dekati....... Mak.. Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Mak.. Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Mak.. Bila nakal, yang memarahi aku.... Mak.. Bila merajuk, yang memujukku cuma... Mak.. Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... Mak.. Bila takut, yang tenangkan aku.... Mak... Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... Mak.. Aku selalu teringatkan ..... Mak.. Bila sedih, aku mesti talipon... Mak.. Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu... Mak.. Bila bengang.. aku suka luah pada.. Mak.. Bila takut, aku selalu panggil... "Mmaaakkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah.... Mak.. Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... Mak.. Bila buat hal, yang marah aku dulu.... Mak.. Bila ada masalah, yang paling risau.... Mak.. Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Mak.. Yang selalu masak makanan kegemaranku.... Mak.. kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... Mak.. Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... Mak.. Yang selalu berleter kat aku... Mak.. Yang selalu puji aku.... Mak.. Yang selalu nasihat aku...... Mak.. Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... Mak.. DAN BILA..... kita ada pasangan hidup sendiri.... Bila seronok, aku cari.... Pasanganku.. Bila sedih, aku cari..... Mak.. Bila berjaya, aku ceritakan pada.... Pasanganku.. Bila gagal, aku ceritakan pada.... Mak.. Bila bahagia, aku peluk erat....Pasanganku.. Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku.. Bila nak bercuti, aku bawa.... Pasanganku.. Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak.. Selalu... Aku ingat pasanganku Selalu.. Mak ingat kat aku Bila-bila.... Aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak.. Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? "Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya.......... Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... "MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....!!" Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...... Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...... Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....... Di mana Kasih syang kita terutamanya kaum lelaki biar pun bujang atau sudah berkahwin MAK adalah yg pertama....tp di mana makna Mak dalam hati kita????

      sedihkan? sayangilah n hargailah emak or ibu or ummi etc.. selagi mereka masih ada.. n sesiapa yg sudah tiada emak, sedekahlah doa selalu kpdnya... biar emak aman disana.. amin... :')