Saturday, August 3, 2013

I'tikaf :)

Assalamualaikum.. holla~~ :D

Baru brkesempatan nk meng-update blog ni ha.. trlalu la bz.. sempena bulan Ramadhan ni kan? ;) InsyaAllah, lagi brpa hari ja lg kita akn beraya.. mest sibuk kemas umah, shopping n masak2 bagai kn? :D walaubagaimanapun, perasaan sedih ttp ada sb Ramadhan akan meninggalkan kita.. apakh sempat kita nk brtemu dgn Ramadhan seterusnya? Wallahualam.. harap2 Allah memanjangkn umur kita.. amin!

Okay post kali ni mengenai I’tikaf di sepuluh hari terakhir Ramadhan.. walaupun lmbt, sememangnya sy brharap post kali ni dpt membantu kita dlm mengejar malam Lailatul Qadar.. masih ada masa lg insyaAllah, so keep on beribadat! Beribadat n truss bribadat.. insyaAllah dgn niat dn usaha yg xputus2, Allah akn mempertemukan kita dgn Lailatur Qadar tersebut.. aminn..

Dari istilah bahasa, I’tikaf bermaksud menetap pada sesuatu manakala dri istilah syarak, i’tikaf bermaksud menetap di masjid dengan tata cara yang khusus yang disertakn dengan niat. Pelaku ibadah ini dinamakan mu’takif atau ‘aakif. Ibnul Mundzir mengatakan, “Para ulama brsepakat bahawa i’tikaf itu sunnah, bukan wajib kecuali jika seseorang mewajibkan bagi dirinya bernadzar untuk melaksanakan i’tikaf.

Hikmah2 beri’tikaf:
-Mendapat pelbagai kebaikan dari Allah. Amalan-amalan kita akan dikurniakan rahmat dan kasih sayangNya.
-Mendatangkan ketenangan, ketenteraman dan cahaya yang menerangi hati yang penuh dgn dosa.
-Orang yang beri’tikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan akan terbebas dari dosa-dosa sebab pada hari itu salah satunya bertepatan dengan Lailatul Qadar.

Waktu beri’tikaf:
-I’tikaf yang wajib, dilakukan dengan apa yang telah dinadzarkan dan diiqrarkan seseorang, jika dia bernadzar akan beri’tikaf satu hari atau lebih, hendaklah dilakukn seperti yang dinadzarkan itu.
-I’tikaf yang sunat, tidaklah terbatas waktunya. Namun yang paling utama adalah I’tikaf di bulan suci Ramadhan, khususnya sepuluh hari terakhir. Inilah waktu I’tikaf yang terbaik sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis dari Aisyah, “Adalah Nabi, biasa I’tikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan sampai beliau wafat, kemudian isteri-isteri beliau melaksanakan I’tikaf sepeninggalannya.” (HR. Bukhari, Ahmad, dan Baihaqy).

Rukun2 I’tikaf:
i. Niat - Kerana tidak sah satu amalan melainkan dengan niat. 
ii. Tempatnya harus di Masjid - Hakikat I’tikaf ialah tinggal di masjid dgn tujuan mendekatkan diri kepada Allah. Maka I’tikaf hanya boleh dilakukan di masjid dan tidak keluar darinya kecuali hajat atau darurat. Tempat selain masjid tidak boleh digunakan untuk beri’tikaf, seperti di rumah.

Yang Membatalkan I’tikaf:
-Sengaja keluar dari masjid tanpa suatu keperluan walau hanya sebentar. Keluar dari masjid akan menjadikan batal I’tikafnya, sebab tinggal di masjid merupakan rukun I’tikaf.
-Murtad
-Hilang akal disebabkan gila atau mabuk
-Haid             
-Nifas
-Bersetubuh berdasarkan firman Allah, :”Dan janganlah kamu campuri mereka ketika kamu sedang I’tikaf di masjid, itulah batas-batas Allah…’(QS.Al-Baqarah:187)

Yang Dibolehkan Ketika I’tikaf:
-Keluar masjid disebabkan ada hajat yang mesti ditunaikan seperti keluar untuk makan, minum, dan hajat lain yang tidak boleh dilakukan di dalam masjid.
-Melakukan hal-hal seperti mengantarkan orang yang mengunjunginya sampai pintu masjid atau bercakap-cakap dengan orang lain.
-Isteri mengunjungi suami yang beri’tikaf dan berdua-duaan dengannya.
-Mandi dan berwuduk di masjid.
-Membawa alas tidur untuk tidur di masjid.

Mula Masuk dan Keluar Masjid:
Jika ingin beri’tikaf selama 10 hari terakhir bulan Ramadhan, maka seorang yang beri’tikaf mulai memasuki masjid setelah solat Subuh pada hari ke-21 dan keluar setelah solat subuh pada hari Aidilfitri. Hal ini sebagaimana terdapat dalam hadis Aisyah, yg berkata,

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam biasa beri’tikaf pada bulan Ramadhan. Apabila selesai solat subuh, beliau masuk ke tempat khusus i’tikaf beliau. Dia (Yahya bin Sa’id) berkata: Kemudian Aisyah radhiallahu ‘anha meminta izin untuk beri’tikaf bersama beliau, maka beliau mengizinkannya.”

Namun para ulama madzhab menganjurkan untuk memasuki masjid menjelang matahari tenggelam pada hari ke-20 Ramadhan. Mereka mengatakan yang namanya 10 hari yang dimaksudkan adalah jumlah bilangan malam seharusnya dimulai dari awal malam.

Adab I’tikaf:
ketika beri’tikaf, seseorang menyibukkan diri dengan melakukan ketaatan seperti berdoa, berzikir, berselawat ke ats Nabi, mengkaji Al-Quran dan mengkaji hadis. Dan dimakruhkan menyibukkan diri dengan perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.

diharap segala pertanyaan mengenai I’tikaf terjawab.. kpd sesiapa yg tidak smpt melakukan I’tikaf di masjid ini, trmasuklah sy, ada hikmahnya ttp yg penting, jgnlah smpai tidak melakukan ibadat yg lain.. sememangnya byk lg yg boleh kita lakukan.. insyaAllah taun depan, jika diberi kesempatan, marilah kita bri’tikaf.. :)) n sy nk ucap trima kasih yg tramat2la kasih kpd kwn sy yg memberi tajuk untk post sy kali ini.. sememangnya dia sgt baik.. hee ^_^