Assalamualaikum.. holla~~ :D
Alhamdulillah, sy diberi kesempatan untk br-blog lagi pada hari ini.. hihi.. trima kasih ya Allah.. syukur yang tramat buat Mu.. :')
okay, harini sy nk ckp pasal Alhamdulillah.. apa itu Alhamdulillah? Alhamdulillah dari segi bahasa bermaksud segala puji hanya untuk Allah. Dari segi huraian plak, maksudnya segala yang kita ada, semuanya adalah milik Allah.
apabila ada orang puji kita, xkesahlah org tu puji pandai, hebat, hensem, cantik atau kaya, kita kenalah kembalikan pujian tersebut kepada Allah dgn menyebut Alhamdulillah. kita tidak boleh merasa hebat dengan apa yang kita ada.. xkesahlah samada ilmu, harta dan sebagainya kerana semuanya datang dari Allah. ada orang yang merasa dia hebat kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam setiap peperiksaan. seriously, siapakah yang telah memberikannya otak dan kepandaian sehingga dia berjaya memiliki kejayaan tersebut? jawapannya ialah Allah. sebenarnya, segala yang kita ada, semuanya milik Allah.
oleh itu, ucapkanlah Alhamdulillah sebagai tanda kita bersyukur terhadap segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. dan jgn sesekali merungut segala pemberian Allah.. xsusah pun nk sebut Alhamdulillah.. kan? ^_^
No comments:
Post a Comment